Noor Milah Binti A Hassim
Kehidupan suri rumah berubah hanya dalam 3 tahun.
Saya bermula sebagai customer, akhirnya tertarik menjadi Consultant! Sejak lebih 3 tahun lalu, kehidupan saya banyak berubah sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Sebelum ini saya merupakan part-time multi seller selain bertugas sebagai penjawat awam.
Saya mula aktif dalam bisnes Tupperware sejak bergelar Director. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun berjaya rank up dari 1 Star Director kepada Associate Executive Director pada Julai 2021.
Extra income, free gifts, bertemu dengan orang ramai and mengenali kawan-kawan yang baru setiap bulan sangat menyeronokkan buat saya.
Bagi saya, pengalaman pertama menghadiri Jubilee dan menyertai Star Success Celebration merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Semoga dipermudahkan impian untuk memiliki kereta percuma, rumah idaman, pelancongan percuma dan naik pangkat ke peringkat seterusnya, Insyaallah. Saya berpegang kepada kunci kejayaan yang dikongsi oleh upline kami SED Noorazela (Mega Success) iaitu ‘Listen and Follow, Slowly but Surely, Be a Leader not a Seller’, inilah rahsia kecemerlangan kami.