Skip to content

Soalan Lazim 

1. Apakah manfaat menjadi ahli Tupperware?
Semua konsultan Tupperware layak menikmati 25% keuntungan runcit(Retail Price) untuk semua produk Tupperware Brands, kecuali produk promosi terpilih yang dijual pada harga bersih (Nett Price).

2. Bagaimana saya mengekalkan status aktif keahlian saya?
Anda perlu merekodkan jualan runcit peribadi minimum sebanyak RM 600 dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran. Jumlah ini akan terkumpul sepanjang tempoh 12 bulan berturut-turut.

3. Bagaimana saya membuat semakan data jualan / perekrutan ahli / komisen saya?
Anda boleh log masuk ke http://www.twbiznet.com.my/eStoreFront/welcome.esf

4. Bagaimana saya log masuk buat kali pertama ke twbiznet?
Anda boleh log masuk menggunakan nombor ID konsultan anda sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan anda.

5. Apakah manfaat menjadi ahli/memberTupperware?
Ahli-ahli layak menikmati diskaun 25% untuk semua produk Tupperware Brands.

6. Saya terlupa ID keahlian saya. Bolehkah anda periksa sama ada keahlian saya masih sah? Keahlian saya telah tamat tempoh, harap anda dapat bantu saya.
Usah risau. Khidmat Pelanggan kami dapat membantu anda. Sila hubungi kami melalui emel mscustomercare@tupperware.com untuk bantuan.

Waktu Operasi kami:Isnin-Jumaat, 9:30am-5:30pm, tidak termasuk Cuti Umum.

7. Bagaimana saya boleh menggunakan ID keahlian saya untuk menikmati diskaun di eTuppStore?
Anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan Pasport Digital anda untuk menikmati manfaat ahli. Butiran lanjut boleh didapati di laman web kami: https://www.tupperwarebrands.com.my/start-a-business/digital/digital-passport