Nur Fatin Farhana Binti Roslee
Pengalaman banyak mengajar saya
Saya datang dari keluarga yang kurang senang dan ingin mengubah nasib keluarga dengan perniagaan Tupperware. Sebelum ini, saya terlibat dalam
bermacam-macam perniagaan tapi tiada peluang, ‘income’, ‘gift’ dan ‘support group’ seperti Tupperware.
Saya mula berkenalan dengan perniagaan Tupperware setelah bertemu dengan ‘upline’ saya - pada mulanya saya tertarik dengan hadiah-hadiah percuma. Setelah ‘upline’ menerangkan dan menggalakkan saya untuk mencuba perniagaan Tupperware, di situlah bermulanya ‘my journey with Tupperware business’!
Apa yang saya dapat dengan Tupperware memang tidak terkira – pendapatan, produk percuma, keluarga Tupperware, dan dengan izin Allah, saya berharap untuk memiliki kereta percuma pada tahun 2022.
Sebelum manis pasti ada pahit, tetapi pengalaman yang pahit yang banyak mengajar saya dalam perniagaan ini. Pada masa yang akan datang, saya mahu
mencapai ‘income’ sebanyak lima angka, bebas daripada masalah kewangan, dan membeli rumah dengan hasil ‘income’ dari perniagaan Tupperware. Saya juga ingin menjadi seorang ‘leader’ yang sentiasa dapat membantu ‘team’ saya untuk mencapai kejayaan.
Rahsia untuk berjaya adalah ‘copy and paste’ apa yang ‘upline’ saya buat. Contoh dan ‘result’ sudah ada di depan mata, jadi saya ikut. Yang penting adalah ‘leadership’ dalam ‘team ‘. Keutuhan dan kekuatan sebuah organisasi bergantung dengan ketua dalam kumpulan.