Nurazalina Aziz
Dari suri rumah ke usahawan!
Saya seorang isteri dan ibu kepada 5 cahaya mata. Bermula daripada ajakan oleh upline saya dan diterangkan dengan peluang yang ada, saya mula tertarik dan jatuh cinta untuk serius dalam bisnes Tupperware ini.
Daripada seorang suri rumah biasa tanpa pendapatan bulanan, kini saya seorang suri rumah yang berpendapatan empat angka sebulan. Alhamdulillah, selepas setahun, saya sudah berjaya menjadi AED serta telah mendapat kereta percuma dari Tupperware dengan warna idaman saya.