Siti Aishah MD Johari
Semangat berkobar-kobar, bangkit demi amanah!
Saya mula menyertai Tupperware kerana ingin mendapatkan harga ahli yang jauh lebih berbaloi untuk menaja hadiah sempena Majlis Apresiasi Setiausaha UTM. Namun, sejak mengetahui peluang bisnes Tupperware, semangat untuk mencapai kejayaan terus berkobar-kobar.
Siapa sangka, dugaan paling besar datang secara tiba-tiba semasa saya sedang menuju ke pangkat 5SD. Keluarga kecil kami telah kehilangan tonggak keluarga pada Disember 2020. Demi anak-anak, saya memilih untuk bangkit semula dan mencapai pangkat 5SD pada September 2021, seterusnya pangkat AED pada Februari 2022. Saya bangkit demi memikul segala amanah dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Pendapatan empat angka dalam bisnes Tupperware sangat membantu saya dan anak-anak untuk kelangsungan hidup. Terima kasih, Tupperware Brands!