Sahini Binti Idos
Berusaha mengharungi tanpa berputus asa.
Nama saya Sahini binti idos. Saya berusia 30 tahun, berasal dari Ranau Sabah dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.Sebelum saya menyertai bisnes Tupperware Brands, saya adalah seorang suri rumah yang 100% bergantung kepada pendapatan suami. Saya juga seorang yang pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang
ramai.
Pada mulanya, saya menyertai Tupperware Brands kerana tertarik dengan reka bentuk produknya unik dan juga kerana terkenal dengan kualitinya yang bebas bahan kimia. Tetapi selepas menyertai SICC, saya telah beralih untuk menceburi bisnes Tupperware. Walaupun pada mulanya agak sukar kerana terpaksa membuat 3 kerja dalam 1 masa - menguruskan rumahtangga, anak dan bisnes Tupperware. Saya juga mendapat sedikit tentangan dari suami kerana sering menggangu kerjanya, meminta tolong suami untuk jaga anak apabila saya kena menghadiri aktiviti organisasi. Tetapi alhamdulilah semenjak komisen saya mencecah 4 angka sebulan, suami saya mula membantu saya tanpa dipinta. Saya amat bersyukur kerana selain dapat membantu suami dari segi kewangan, saya juga mempunyai simpanan sendiri dan anak. Impian saya seterusnya adalah untuk memiliki kereta percuma Tupperware dan membeli rumah sendiri!
Kunci kejayaan saya sampai ke tahap ini - jangan mudah putus asa, cuba saja. Bila rasa hendak berputus asa, fikirkan kenapa anda bermula!
Nak berjaya, ikut tanpa tapi, buat tanpa henti!