Suraidah bintu Sukor
Konsisten menggapai impian
Nama saya Suraidah Sukor, berumur 40 tahun dan berasal dari Tuaran Sabah. Saya mendaftar menjadi ahli Tupperware pada tahun 2018, selepas ‘dipaksa’ berkali kali oleh sepupu saya yang mana adalah ‘upline executive’ saya sekarang dan pada akhirnya saya setuju untuk mendaftar sebagai ahli tupperware bermodalkan RM73.50.Saya adalah seorang ‘part time baker’ sebelum serius di dalam bisnes Tupperware. Apa yang saya suka mengenai bisnes Tupperware adalah sistem yang sangat adil, tidak kira samada anda adalah downline ataupun upline, siapa rajin dia yang dapat kejayaan.
Pencapaian terbesar sepanjang 3 tahun bersama Tupperware adalah berjaya mencapai kereta Toyota Vios secara percuma. Apa yang lebih manis ialah cabaran kereta percuma tersebut sepatutnya dicapai dalam masa 10 bulan, tetapi atas hasil usahasama saya & ahli team yang lain, saya berjaya mencapai sasaran yang diberikan dalam masa
8 bulan!
Seperti org lain, impian saya pada masa akan datang ialah untuk membuka sebuah studio Tupperware di samping dapat mengembangkan lagi ‘team’ saya ke seluruh negara.
Pada pendapat saya, dalam apa-apa perniagaan sekalipun, kunci utama untuk berjaya adalah konsistensi promosi brand tersebut, tidak kira hari hujan atau panas, tetaplah konsisten, percayalah orang akan mudah mengenali kita bila ada sikap sebegitu.