Syakilla Binti Ngadiman
Dari seorang suri rumah ke usahawan Tupperware yang berjaya!
Saya mula terjebak dengan bisnes Tupperware selepas melihat SED Rozilah Aziz memuat naik posting di FB. Beliau berjaya rank up ke AED dan tertarik dengan lambakan Tupperware percuma yang beliau terima pada ketika itu. Kebetulan pada masa itu, saya sedang mencari bisnes atas talian yang sesuai dengan status saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Hasil perjumpaan saya dan SED Rozilah, saya bersetuju untuk sertai bisnes ini. Melalui hasil didikan yang beliau ajarkan kepada saya, saya berjaya membina satu team yang besar dan telah mencapai pangkat Associate Executive Director dalam masa 2 tahun sahaja dan kini saya sedang berjuang untuk mendapatkan kereta Toyota Vios percuma tajaan Tupperware pula.